- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat / pembekal yang berpengalaman, berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-09/2020 |
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN SKIM PERLINDUNGAN INSURAN BERKELOMPOK (TAKAFUL) KAKITANGAN SEDA MALAYSIA |
221801 |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perolehan Hijau – Perkhidmatan Skim Perlindungan Insuran Berkelompok (Takaful) Kakitangan SEDA Malaysia.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan pada 1 September 2020 (Selasa) pada jam 3:00 petang bertempat di Auditorium, SEDA Malaysia. Pembekal hendaklah membawa Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga, satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cop Syarikat semasa menghadiri sesi taklimat. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
4. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara atas talian (online). SEDA Malaysia akan menghantar salinan dokumen sebut harga melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas pengesahan pembayaran. Hanya syarikat yang telah membeli Dokumen Sebut Harga dibenarkan hadir ke sesi taklimat.
5. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 25 Ogos 2020 (Selasa) sehingga 1 September 2020 (Jumaat) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (dengan kod bidang 221801) dan salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan (Azmi@seda.gov.my). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan (Azmi@seda.gov.my) dan En. Mohd Herwan Husain (Herwan@seda.gov.my). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan
8. Cadangan Tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.